Wednesday, December 23, 2009

ISTANA KASIH...

Kau Melangkah Kaki
Bagai Seorang Serikandi
Kau Pasrahkan Impian Kepada Tuhan

Memberi Sinar

Penawar Kebahagiaan
Mekar Taman Pengorbananmu

Seribu Harapan Menghiasi Kalbu
Sejuta Impian Menanti Di Pintu

Istana Kasih Sayang Ayah Bondamu
Di Matamu Tergenang Kesabaran

Di Wajahmu,
Terlukis Kesetiaan
Nuranimu Danau Yang Sahdu
Bila Berpisah Kami Mengingatimu
Bila Berjauhan Kami Merinduimu
Kau Pengikat Kasih

Titis Keringatmu Kalungan Mutiara
Di Menara Ilmu Tercinta
Kembang Pun Berdoa Mengharum Jiwa
Ya Allah…… Allah…


Bonda yang di sayangi..
ayahanda yang di kasihi..

(gmbar abah takde sbb abah tak suke bergmbar..huhu)

ya ALLAH..kasihi mereka..sesungguhnya aku menyayangi mereka..
Rahmati hidup ibubapa ku..kurniakan kasih MU pada mereka...aminnn...ya Robbal 'Alaminn...


Monday, December 14, 2009

Abah diserbu peMinat....explorace..

Assalamualaikum wbt...

Ana kembali...
Pada hari ni ana nk berkongsi kesah seperti tajuk yang tertera di atas..
Pada 13 disember 2009,,hari ahad..ana terlibat dengan program X-race anjuran beberapa badan dan organisasi..Ana menjadi urussetia untuk jaga check point bagi explorace muslimat..check point yg ana kene jaga adalah di rumah family ana..Soalan yang peserta perlu jawab di checkpoint ana adalah senaraikan surau-surau di UDM kampung nenas..setelah selesai menjawab soalan tersebut, mereka perlu menyelesaikan tugasan pulak...Tugasan yang perlu dibuat adalah menemuramah Tn.Hj Abdul Ghani (love u abah..hehe)..Hmm...macam2 soalan lah jugak yg mereka tuju kan kat abah..sampai abah boring dgn soalan tu pun ade..hehe..
yang ana nak gelak nye..time peserta nk jwb soalan yg dibagi..disebabkan peserta lambat nk mengingat surau2 tu..abah datang dan abah tolong bagi jawapan kat peserta..mereka pun salin laju je la..huhu..Memang satu pengalaman menarik bagi yang menjaga checkpoint dan peserta.. Ana takde ape lagi nak dicoretkan..so ana kongsi la beberapa gambar..selamat membaca dan melihat..


ha..ini lah antara gambar2 yg dapat ana kongsikan.. Sehingga berjumpe lagi..insyaALLAH..
wassalamualaikum wbt....syukran jazilan kathiran..

Sunday, December 6, 2009

ya ALLAH...Terima lah aku....

BILA MENTARI BERSINAR TERANG
TERPANCAR CAHAYA SURIA
MEMUJI KEAGUNGAN TUHAN PENCIPTA
MENGINSAFI KEDOIFAN

BILA MENTARI MENGHILANG DIRI
TERBIT PULA KENANGAN LALU
TERTUNDUK ku PASRAH SEDIH ku MENYEPI
HANYUT DALAM ARUS BERLIKU

ya TUHAN ku YANG ESA
AMPUNILAH hamba MU
BERIKANLAH ku KEKUATAN
MENGHARUNGI mehnah MU
ku POHON RESTU HIDAYAH dari MU
RAHMATILAH HIDUP ku
TERIMALAH TAUBAT ku PENGHAPUS SEGALA DOSA ku

YA KARIMMM,YA ALLAHHH,YA RAHMANNN,YA RAHIMMM

DERUAN OMBAK MENGHEMPAS PANTAI
BERGELORA DI PUKUL PANTAI
HIMPUNAN BUIH DITEPIAN
IA TIDAK BERKEKALAN
BEGITULAH HIDUP MANUSIA

Monday, November 9, 2009

Marilah berSELAWAT ke atas RASULULLAH S.A.W.

Assalamualaikum w.b.t...

Selawat dan Salam ke atas Mu..ya Rasulullah s.a.w...duhai Kekasih Allah s.w.t...

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, “Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku...

Berkata Jibril A.S. : “Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan aku bimbing tangannya dan akan aku bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar.”

Berkata pula Mikail A.S. : “Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu.”

Berkata pula Israfil A.S. : “Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu.”

Malaikat Izrail A.S pula berkata : “Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi.”

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W...

Monday, October 26, 2009

BERBAHAGIALAH DuHai saHabaT2..

Shila & Rahmat
Elmi Yanti & Shafiq


AssalamuaLaikum w.B.t..

kehadapan sahabat-sahabat ana yang telah menunaikan SunnaH Rasulullah s.a.w., ana doakan semoga antum berbahagia hingga ke akhir hayat bersama anak-anak yang soLeh dan SoLehah dan bertemu hingga ke SyurGa ALLAH s.w.t...

Moga dilindungi ALLAH swt dari segala keburukan dan kecelakaan serta hasutan syaitan yang durjana..
moga alam rumah tangga antum diterangi cahaya IMAN dan TAQWA pada Allah swt..

Friday, October 23, 2009

SuDah berSeDiakaH untuk detik itu..?

Lirik :- Pemergian
Album :- Hikayat Cinta
Munsyid :- Amar

Dalam sepi ada rintik,
Di ruang sempit yg hanya kian terpisah,
Menjarakkan diriku dgn kebebasan,
Teramat menyiksakan.
Dalam doa ada harap,
Di ruang waktu yg hanya sesingkat ini,
Tiada yg ku pinta selain keampunan,
Dari dosa kealpaan silam.
Tika hayatku yg berharga,
Telah tiba di penghujungnya,
Sesalan tiada bermakna.
Kerna kemewahan dunia,
Yang menipu dan memperdaya,
Memanggil ku ke tali maut yg ternganga,
Tak mengenal siapa.
Dan kini makin hampir,
Aku tiba di garis dan penghujung,
Mentari kehidupan,
Tak kan menyala lagi esok.
Di saat kau membaca,
Coretan yg terakhir,
Aku sudah tiada lagi,
Dan kini hari jadi saksi,
Pemergianku selamanya....

Lagu :- Shaiful_Mestica (Hijjaz Record Publishing)
Lirik :- Ito Lara (Gurindam Entertainment)
Penerbit :- Shaiful Mestica
Susunan Muzik :- Eddie Marzuki
Session: Gitar :- Eddie Marzuki
Hakcipta :- Hijjaz Record Sdn.Bhd.

Monday, October 19, 2009

HaLaQaH tV9..Sua Rasa tV9..

Assalamualaikum w.b.t...

Halaqah..???pasti antum penah dengar..salah satu program rancangan di tV9..dalam segmen ini, mereka membincangkan tentang Islam serta isu semasa...nak tau lebih jelas..leh la menonton segmen Halaqah di tV9 pukul 9.30 malam hingga 10.30 malam setiap hari ahad..segmen 1 jam sahaja tp pengisian yg padat dan amat berharga..Rugi sape tak tengok..

hmmm...pada 18 oktober iaitu hari ahad..ana bersama sahabat ana, Noraliza dan sorg sahabat baru ana kenai..ain..huhu..bersama rombongan masjid As-syariff Meru klang pergi ke program Halaqah anjuan tV9 di sua Rasa di tV9 di perkarangan stadium Malawati shah alam..Kami bertolak pada jam 5.30 ptg dr masjid..dam dalam jam 6.45 kami sampai di sana..

Kami solat Maghrib berjamaah dan Solat Hajat berjamaah...selepas solat, kami dihidangkan dengan Tazkirah dengan tajuk berkaitan remaja..kebetulan kebanyakan yang hadir di slot tersebut golongan remaja..pelajar2 sekolah menengah.. Tazkirah tersebut dipengerusikan oleh duta produk tok Guru iaitu Ustaz Fauzi dan penceramah nya ialah Dato' Hassan Din Al-Hafiz..satu pengisian yang amat menarik..mengupas isu remaja masa kini..punca permasalahan moral dan akhlak remaja masa kini..selesai tazkirah kami terus solat Isyak berjemaah..Selesai solat,kami berjalan meronda gerai2 yang ada di sana sementara menunggu rancangan Halaqah bermula..tepat jam 9.30 malam Halaqah pun bermula..pengerusi mcm biasa la Ustaz Syukri..manakala ahli1 panel nye ialah Ustaz Zawawi, Ustaz Hassan Ali dan slah seorg pensyarah dr Universiti Malaya..tak ingat lak name nye..soriii..tajuk yang dibincangkan pada malam tersebut ialah KEMAAFAN..


ni time tengah Tazkirah.
ketika Halaqah sedang berlansung.


Ustaz Hassan sedang berbicara

Ustaz Zawawi tika berbicara..


Sahabat ana sempat bergambar kenangan bersama Duta produk Tok Guru,Ustaz fauzi..time ni ana jd jurugambar nye..segan nak bergambor ngan Ustaz..huhu...

Seronok melihat ramai umat Islam berkumpul di majlis ilmu seperti ini..Semoga selepas ini umat Islam akan sama2 mengimarahkan majlis2 ilmu tanpa dipaksa dan hadir dengan keIKHLASan hati kerana ALLAH...

Ilal Liqa'

Saturday, October 17, 2009

Kita Hanya DiPersinggahan..renungilah insan..


DIPERSINGGAHAN INI - Zahran

Sekian lama hidup di kegelapan,
Teraba-raba tanpa tujuan,
Akal dan budi seakan tak berfungsi,
Ke manakah diri??

Apa diturut kehendak yang meronta,
Menyeksa badan membakar jiwa,
Syaitan dan nafsu meracun dalam diri,
Renungkanlah ini,

Kita sekadar di persinggahan,
Pasti kembali pada yang Menciptakan,
Ombak dan badai lumrah kehidupan insan,
JANGAN MENGALAH JANGAN BERPUTUS ASA
Insaflah semua dari-Nya jua
Jangan biarkan diri terkorban dengan dunia…….

Pada Ilahi bantuannya menanti,
Iman dan taQwa yang sejati,
Itulah bekalan diri…..

Doa’ senjata mereka yang berIman,
Tuhan Pencipta Maha Penyayang,
Mohon petunjuk mohonkanlah bantuan
Hanya pada Tuhan..


sEdarilah insan..kita dicipta oleh-Nya..dan dilahirkan untuk beribadat pada-Nya..jangan leka dengan hasutan dunia..sedarlah dari godaan syaitan yg amat melekakan..kita hamba yang amat lemah..maka kuat kanlah dengan Iman dan Taqwa pada Allah..
Di manakah kita di masa akan datang?? kenikmatan atau kesengsaraan??Bahagia atau terseksa??sedar dan renungilah dari saat ini..jangan korbankan diri mu kerna dunia..
Bangkit lah..!!! bangkitlah dari hasutan yang tak kau sedari..kembalilah pada pencipta kita..Dia lah yang Maha Berkuasa atas segalanya..Dialah pengurnia yg terBaik dan tiada tandingan..dan DIA lah yang berhak ke atas kita..!!
sesungguhnya dari ALLAH kita datang..dan kepada ALLAH jua lah kita kan kembali...

TiKa KenanGan Kembali..Sedarilah Teman..

RESAH
Senjakala yang menggamit
Resah dalam perjalanan
Meniti waktu dengan pasrah
Mengharap secangker kasih MU
Tika Dedaun berguguran
Mengimbau kenangan semalam
adakah dosa-dosa ini akan terampun
dalam perjalanan kembali
untuk ku menuju Ilahi..
Tuhan kurniakan kasih MU
munajat ku di penjuru malam
menghapus dosa yang silam
ingin ku cubit dan ku lontarkan
Bersihkan diri menghadap MU
Resah menangis di kalbu ku
Tika kenangan dahulu menyapa sanubari ku
Pasti nasuha yang ku munajatkan
Menyulam hasrat kasih sejati
Ya Allah..
Pada Mu serah segala nya..
Pada Mu ku Pasrah segalanya..
kerna Kau Tuhan Lebih Maha mengetahui segalanya..
kerna Kau Tuhan yang Maha Berkuasa atas segalanya..
Kurniakan ku yang terbaik di sisi MU..Ya ALLAH..
Kau lah Kekasih Abadi dan selamanya..
KAU tiada dua..
Terima lah aku..

Tuesday, October 13, 2009

DI SYAWAL 1430 HIJRAH

assalamualaikum w.b.t..

setelah sekian lama mnyepi..kini ana kembali sebentar di masa yg dikurnia ini..
ana ingin bkongsi sambutan bulan Syawal 143o hijriah dlm usrah ana..
AlhamduliLLah setelah berjuang di bulan Ramadhan..dipanjang umur untuk meraikan kemenangan dgn hadir nye Syawal..

ALHAMDULILLAH syukur sungguh ke hadrat Ilahi kerana pada tahu ini ana dpt beraya bersama keluarga..
pada tahun ini kesemua agli kluarga ana ade di hari raya..Mak dan Abah..Abang 3 org..kakak sorang..adik 3 orang..kakak ipar 2 org..dan anak buah 3 org serta ana seorang..hehe..

hari raya kami seperti hari2 raya sebelum ini..disambut sederhana..tema kami oren coklat..

Hari Raya pertama kami trus beraya di umah sanak sedara kami di kampung bukit kapar dan meru..penat jugak la..tu pun sebab abang nk blk belah keluarga isterinye..tu yg kene habis kan raya umah sedara hari tu gak..

hmm...ana dh tak de idea nk coretkan la..so ana kongsi la beberapa gambar di aidilfitri 1430H..

ini suasana rumah keluarga ana..umah kampung yg tercinta..

ni ahli keluarga ana..time ni abang yg sulung tak sampai lagi..

ni family abang yg ke 2..

ha....ni family abang yg sulung...

yang ni tak tau sape..huhu..
jumpe lagi insyaAllah..
jaga diri..Agama..Bangsa...

Monday, July 27, 2009

AL-kisah Interview Ku..

assalamualaikum w.b.t..

ape kabo semue..
hmmm....lame dh tak post..
hari ni ana sbnrnye nk kongsi pengalaman dr sebelum interview sampai lepas interview..

hari ni 27 Julai..ana kne pi interview di putrajaya..jabatan perkhidmatan awam...
sebelum tibe tarikh hr ni...macam2 yg ana wat..
antaranye siapkan sijil2..dokumen2 yg diperlukan..
serta Doa dan Tawakkal..
ana juga ade cari info2 dari internet tntang isu semasa...pantadbiran kerajaan..siap hafal name2 menteri dlm kabimet..
kalau jawab atas paper..mesti full nye...
hehe...
hmm..satu perkara lagi ana takut nk mintak cuti kat bos..mesti la diorg akan tnye knape..
lastly..ana email kat semue bos..lalu bos pun tepon ana dan tanye itu ini...
dgn gementar ana mnjawab soalan2 dia..mcm interview la plak..
alhmdlh bos izinkan ana cuti..tp dia kate klau boleh habis interview,blk ofis..ana pun kate insyaALLAH..orait...huhu..

tibe di Hari temuduga...
ana bangun ..solat dan terus bersiap...
fuh..jalan jem la plak nk ke umah abang ana..
ana minta abang ana hantar sbb ana tak berani nak bawak kreta pi putrajaya...ana malas nk pikir bab parking nnti..huhu
smpai kat umah abang pukul 7.40pg..kat shah alam..abang ana dah tuggu kat luar umah..
terus gerak ke putrajaya..
ana sampai di pusat temuduga pukul 8.44 pg..lewat 44 minit..huhu..
alhmdlh..selesai daftar..ana pun tunggu giliran..ana no.211...B..penolong pegawai tadbir..N27..
pegawai yg urus daftar kate turn ana no.11..orait....
dr kul 9 pg ana menunggu..dengan kesabaran dan penuh tawakkal to ALLAH..sepanjang penantian ana penuhi dgn selawat...smbil tu tgk TV...huhu..
semue calon dok dalam bilik temuduga tu 30 ke 45 minit..
pukul 12.35 tghari...no.giliran ana sampai....211 bilik temuduga B..
dgn gementar ana berjalan mnuju ke bilik temuduga tu..
assalamualaikum ana hulurkan sbgai pemula bicara..ana terus bagi resume dan sijil2 yg dikehendaki...
memamg ujian dan dugaan ALLAH pada ana...duduk je ana pada kerusi yg disediakan..terus hilang semue..huhu..
namun ana letakkan diri ana dgn tenang..
firstly..mereka tnya pasal name,asal,latar belakang diri dan keluarga..pendidikan serta pengalaman kerja..dan bidang tugas jawatan yg dipohon serta tujuan mohon..tu alhmdlh ok lg...leh jwb ngan baik walaupun gementar yg amat sngat..smpai tak tau jwb..haha...
tibe lah di sesi kedua..
soalan yg ditujukan adalah pasal punca berlakunye gejala sosial tak sehat seperti..ragut..rompak..pecah umah..ah long dan macam2 lg..lalu ana pun jawab la semampunye..ujian dan dugaan ALLAH pada ana...otak tak dpt pikir idea..kosong..uhuhu..
alhmdlh mereka terima jawapan ana..soalan seterusnye..cara menangani..
senang kate ana dapat mende yg berkaitan dgn masalah sosial masa kini..alhmdlh segalanya dpt jwb ngan baik wlaupun isi kurang..uhuk..
soalan seterusnye tentang tanggungjawab..sbb ana lum berumahtangga..so..dia tnye pasal jagaan dan didikan anak2 bile ana dh berumahtangga..huhu..ana jwb semampunye...hehe..
ana trus get ready utk soalan seterusnye...skali mereka kate...oklah setakat ni je..mereka harap bile ana dapat keje tu..ana dapat mmbahagikan masa ngan baik antara keje dan keluarga...ingat asal usul...huhu...amin...terima kasih tuan....
ana pun bagi salam dan kuar..hehe..ana tengok jam 12.57tghari..sekejap gak....heehe..
fuh..ape yang ana study lansung tak kuar...so jd ilmu pengetahuan ana la....hoho...alhamduliLLAH..
pastu ana call abang ana..ingatkan dia dh balik shah alam dah..upenye dia tunggu..sbb ana plan nk balik naik bas..hehe..alhamdulillah ALLAH permudahkan urusan ana..so..segalanye selesai dgn baik..
syukur alhamduliLLAH...

dikesempatan in jua..ana ingin memohon maaf pada semue sahabat kerana menyusahkan kalian untuk mndoakan kejayaan ana..dan terima kasih yang tak terhingga atas sokongan kalian..Hanya ALLAH yg dapat membalas jasa kalian..

untuk Mak dan Abah yg ana kasihi dan cintai..jua ahli keluarga ana yg disayangi...terima kaSih yg tak terhingga...I LoVe U ALL so mucH..!!!

pada BKC ---3..ku mohon maaf kerana mmbuat body mu cedera..huhu..terima kasih atas khidmatmu mmbawa ku sampai putrajaya..

TERIMA KASIH ALLAH..

sekian coretan utk kali ni...insyaALLAH jumpe lagi...
syukran...
Ilal Liqa'

Monday, June 8, 2009

KembARA UNIC dan saHabaT..2

pada 5 jun 2009..
setelah selesai solat subuh..
kami terus begerak menuju ke Kota Bharu..
pusing2...cari tempat untuk breakfast..semue dok breakfast..di kubang kerian..
sodap mereka makan..
selesai sarapan..kami bergerak mnuju ke tmpat penginapn...
pada asalnye kami akn menginap di paloh inn tp rezeki utk mnginap di situ takde...
so gi tmpat lain..
akhirnye kami dapt tmpat penginapan yg best...!!!
luaran resort tu mcm tak best..skali masuk..best woooo....
mcm hotel 5 bintang..
complete...ngan kabinet..almari..cerek masak air...tV..bilik air..katil yg syok..aircond yg nyaman dan mcm2 lg...lagi2 tepi sungai..rase nk terjun tp tak sempat lak...

rasenye antara hotel Sri malaysia ngan danga De' river resort..more better danga de' river la..
tp malang nye kami hanye dpt nginap 1 mlm je..tak puas dok situ..
ana dok bilik no.106 bersama adik ana dan 4 lg sahabat..sahabat2 baru kenal tp mcm dh lame kenal..haha...ni la sahabat2 yg sbilik ngan ana...ejen 106..

selesai kemas brang..solat qasar dan jama'.. kami bersiap utk bergerak utk ke rantau panjang utk shoping..huhu..menarik tp barang yg ana cari tak de lak jumpe...hmmm....takde rezeki....redha dan pasrah je la...
jam 6.15 ptg kami bertolak pulang ke penginapan utk bersiap ke konsert pd malam hari di Ma'ahad Muhammadu Lelaki..
mase diberi 20 mnit utk bersiap dah solat..
alhmdlh sempat solat..tu yg penting...!!!
jam 8.30 kami bergerak ke MML..sampai di MML, kami gi makn...
fuh..rase cam vvvvvvip la...layanan tu..ahli2 unic layan kami mkn...
best woooo...
smentara mnunggu konsert bermula..kami bersiar2 dahulu di MML tu...
huhu..
konsert pada mlm tu best..!!
ramai warga kelantan datang...
huhu...
konsert Amal Unic 2009 selesai jam 11 lebih..
kami bertolak pulang ke tmpt penginapan jam 12 lebih...
sampai di penginapan....tak ingat ape dah...bersihkan dri dan tido...wlaupun perut lapor...
huhu...ngan aircond yg nyaman dan sejuk..tido tak sedar lnsung....
huhu...

hari berikutnye dan gambar2 yg lain...tunggu.....
ilal Liqa'




KemBARA ku bersama UNIC dan SaHabat..1

salam alaykum w.b.t..



hai sahabat2 semue...

dah lame tak wat post..

si hari ni ana nk post pengalaman dan kenangan indah ana..

huhu..

hmm..pada 4 jun hingga 6 jun ana telah mengikuti kembara amal unic yg dianjurkan oleh unic untuk sahabat2 unic..

macam2 ana dapat..



4 jun...

jam 9 mlm ana bertolak ke bukit jalil sbb kat situ tmpat berkumpul..

sampai sana..tunggu sahabat2 yg lain..

jam 11 lebih kami memulakan perjalanan menuju ke Kelantan..

yg best..ahli2 Unic pun turut same naik bas..

sepjg pjlann slagi tak tido semue..slagi tu la ahli2 unic berceloteh..

bagai pemandu pelancong..walhal pemandu pelancong ade je kat bas skali..

haha..

macam yg dicelotehnye..

tak kering ngan gelak tawa dlam bas...

mcm kanak2 rebina..

tp klau naik bas ngan kanak2 tak cmtu rasenye..huhu..

kami sampai di Kelantan jam 6.50 pagi..

terus bergegas solat subuh..

terlewat dah tu...

huhu..
ni baru hari pertama...

Tuesday, May 5, 2009

PENASYID DULU DAN KINI...I

SALAM ALAYKUM...



sekadar untuk perkongsian bersama..

penasyid dulu dan kini....



telah lama juga ana selidik dan renung2 kan..

antara penasyid dulu dan kini..

penasyid yang telah lame menceburi bidang dakwah..

mereka meletakkan nasyid sebagai cabang atau jalan dakwah..

menegak Agama ALLAH yang Agung..

bukan sekadar pada lirik sahaja yang disampaikan melalui lagu dan melodi..

tapi pada imej juga...

mereka menjaga imej sebagai pendakwah..

lihat lah pada pemakaian mereka..

contoh nye...Rabbani...inteam..Raihan..dan yang sewaktu dengannye..

pemakaian mereka bukan sekadar menjaga imej sahaja tetapi melambangkan imej Islam dan pendakwah..
wlaupun peredaran zaman terus melanda..namun imej Islam sebenar tak hilang..


emmm...idea tak datang dah...

sambung di episod keluaran akan datang..

insyaALLLAH andai di panjangkan umur dan diizinkan-NYA..

Monday, April 27, 2009

KEINDAHAN MU..


Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:



1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya,Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, diaakan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu,Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur,setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkanrahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, makaAllah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semuamemohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWTakan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orangyang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKATuntuk Akhirat-mu"

Friday, April 17, 2009

unTukmu wanita musLimaH




Persis mu permata bernilai
Menjadi rebutan pejuang
Keutuhan yg tersimpan
Dibalik tabir yg tenang

Keayuan yg terpancar
Disinar cahaya iman
Itulah muslimah harapan
Muslimah harapan

Gaung Hasutan duniawi
Tersungkur jauh dr hati mu
Kau sematkan cinta yg mndalam
Demi keredhaan Tuhan

Muslimah puteri harapan
Dikaulah harapan
Membela Islam yg mulia

Muslimah puteri harapan
Dikaulah harapan
Menjadi lambang Islam yg gemilang

Jasadnya hayatnya diserahkan
Demi sebuah perjuangan
Keyakinan yg mndatang
Menjadi wadah perjuang

Maruah mu yg luhur..
Dijaga utk suamimu tersayang
Kau didik generasi mndatang
Utk agama tercinta

Puteri harapan
Srikandi Islam
Tetaplah kau dlm perjuangan
Menjadi sayap kiri di medan


Meneguhkan benteng pertahanan Islam..

Tuesday, April 14, 2009










Aku bukan penulis ternama Tidak tahu mencuri hati mu Dengan bait kata nan syahdu
Aku hanya tahu menulis nama mu Dalam kalbu ku
Aku bukan seorang penyajak
Yang bisa melaung rasa hati Untuk semua yang dengar mengerti
Tentang kamu yang aku kenali Tentang aku dan isi hati

Aku juga bukan seorang pelukis Tidak betah aku menzahirkan rasa
Di atas kertas putih bersih Tidak pandai aku melakar wajah mu
Walau itu sebenarnya yang aku mahu…

Aku bukan sesiapa Aku insan biasa,tiada apa
Cuma seraut senyuman Dan sebuah persahabatan
Dapat aku berikan untuk mu
Sudikah kamu terima?

saLam UkhwaH fiLLAH..

assalamualaikum w.b.t.

saLam UkhwaH fiLLAH..
kepada sahabat2 ana..
moga sahabat2 ana yg dirindui sentiasa berada di bawah lembayung Rahmat ALLAH s.w.t..